Menuntut ilmu itu adalah taqwaMenyampaikan ilmu itu adalah ibadahMengulang ilmu adalah zikirMencari imu adalah jihad“Imam Al Ghazali”
Kewangan sosial merupakan suatu pendekatan mengurus dana dengan tujuan menyelesaikan isu – isu kemasyarakatan. Kewangan sosial juga ditakrifkan sebagai penyediaan kewangan untuk membina perlindungan sosial kepada golongan yang memerlukan.
Dari sudut konteks islam, zakat,
wakaf, dana penyucian (purification fund), sedekah, sukuk, dan kewangan mikro
(mikrofinance) merupakan instrumen penting dalam kewangan sosial.
Zakat
Pengenalan Zakat
The Zakat Handbook: A Practical Guide for Muslims in the West |
Zakat merupakan rukun islam yang
ke 3. Zakat dari sudut bahasa (“1S 5B”)
ialah suci, bersih, baik, bertambah, berkat dan berkembang. Zakat juga boleh
diertikan sebagai suatu rahmat, kebaikan, penyucian dan peningkatan. Zakat dari
sudut istilah (“tertentu”) ialah
mengeluarkan sebahagian harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat –
syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu. Contoh jenis – jenis
zakat ialah zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat tabungan, zakat saham,
zakat emas, zakat perak, zakat ternakan, zakat tanaman dan zakat fitrah.
Perkataan zakat sering diulang – ulang dalam Al-Quran kerana harta dalam ajaran islam sentiasa berfungsi untuk faedah pembangunan masyarakat, sama ada ia menjadi modal atau menjadi sumber kebajikan. Perintah berzakat dalam Al-Quran adalah sebanyak 35 kali dan 32 diantaranya digabungkan dengan kata solat.
Simple Zakat Guide: Understand and Calculate Your Zakat |
Sejarah Zakat
Sejarah zakat boleh dikatakan
terbahagi kepada dua zaman iaitu zaman Rasullulah SAW dan zaman Khulafa Al
Rasyidin.
Zaman Rasullulah SAW
Fasa Mekah
· Pengamalan zakat bersifat sukarela
· Tiada ketetapan haul, nisab dan amil yang
bertanggungjawab khusus
Sebelum bermula penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah, pengamalan zakat pada masa ini belum merupakan suatu kewajipan mutlak, tetapi hanya bersifat sukarela berdasarkan belas kasihan (charity) dan tolong menolong dalam kelompok sosial bagi menolong orang-orang miskin. Keringanan perintah zakat selama Zaman Makkah dilihat berdasarkan tiadanya ketetapan niṣāb, ḥawl, dan ‘āmil yang bertanggungjawab khusus mengenainya. Keadaan pada masa ini memperlihatkan bahawa perintah zakat masih bersifat anjuran untuk berbuat kebajikan kepada orang-orang fakir-miskin dan orang yang memerlukan bantuan sahaja.
Zakat Calculation: A Useful Guide |
Perhatian Islam yang besar
terhadap masalah kemiskinan dapat dilihat dari kenyataan bahawa semenjak di
kota Makkah, Islam sudah memperhatikan masalah sosial iaitu membantu
orang-orang miskin dalam mengurangkan kesukaran hidup yang dialami mereka. Oleh
kerana itu, nāṣ al-Quran pada ketika ini banyak memuat ayat-ayat berhubung
galakan bersedekah seperti dengan frasa “memberi makan dan mengajak memberi
makan orang miskin” atau dengan “mengeluarkan sebahagian rezeki yang diberikan Allah”,
“memberikan hak orang yang meminta-meminta dan miskin dan terlantar dalam
perjalanan”, Lafaz mengenai zakat sendiri juga sudah digunakan dalam ayat-ayat
Makkiyyah, iaitu dengan frasa “membayar zakat”.
Fasa Madinah
- Pengamalan zakat bersifat wajib
- Masa diwajibkan: tahun ke-2 hijrah
- Ditetapkan qadar bagi setiap jenis harta
Pada zaman ini, ayat-ayat yang
turun di Madinah sudah menjelaskan bahawa zakat itu wajib dalam bentuk perintah
yang tegas dan arahan pelaksanaan yang jelas.
Hukum-hukum syariah mula diperkenal dan diwajibkan ke atas umat Islam secara beransur-ansur. Sehingga pada masa mereka menerima perintah seperti kewajipan membayar zakat, mereka tidak lagi merasa berat atas perintah itu. Bahkan mereka merasa sangat senang dan berlumba-lumba untuk mengerjakan perintah Allāh S.W.T tersebut.
Impact of Zakat on Sustainable Economic Development |
Jadi, dari sisi hukum ajaran
zakat merupakan kewajipan yang bersifat pasti. Dari sisi sumber dan
ketentuannya, maka telah ditentukan harta apa sahaja yang harus dikeluarkan
zakatnya serta jumlah yang harus dikeluarkan. Demikian pula dengan orang yang
mengumpul dan membahagikannya.
Allah S.W.T telah menegaskan
kekayaan apa yang mesti dikeluarkan zakatnya, syarat-syarat terkena kewajipan
zakat, besarnya, sasaran zakat dan badan yang bertanggungjawab mengatur dan menguruskannya.
Jadi pada Tahun Kedua Hijrah, ditetapkan qadarnya dari setiap jenis harta serta
diterangkan secara terperinci. Ayat-ayat yang turun di Madinah juga telah
menegaskan zakat itu wajib dalam bentuk perintah yang tegas dan arahan
pelaksanaan yang jelas. Surah al-Tawbah yang diturunkan pada Tahun Kesembilan
Hijrah adalah merupakan salah satu surah dalam al-Quran yang memberikan
perhatian besar pada zakat.
Pada Zaman Makkah ini, Islam
telah menanamkan kesedaran dalam dada orang-orang Islam untuk bantu dan
tolong-menolong sesama manusia, khususnya yang kaya membantu yang miskin.
Syarat Wajib Zakat
Terdapat 7 syarat wajib zakat iaitu:
Islam – pemilik harta seseorang yang beragama islam
Merdeka – individu bebas dari penghambaan
Sempurna milik – pemilikan sepenuhnya terhadap harta
tersebut
Cukup nisab – wajib zakat apabila sesuatu harta itu mecukupi
nisab yakni mencecah paras minima kadar nisab. Kadar nisab bersamaan dengan
jumlah berat.
- Gold -- 85 gram
- Emas Perhiasan -- 800gram
- Silver -- 595 gram
Cukup haul – harta yang dimiliki telah berlalu 1 tahun. Secara umum terdapat 2 perkiraan tahun iaitu Hijriah dan Masihi. Secara kebiasaan (uruf) pada hari ini penggunaan tahun masihi menjadi praktis.
- Tahun Hijrah -- 354 hari
Zakat Discourse in Indonesia - Tahun Masihi -- 365 hari
Berkembang (Al Nama) – harta yang
dikenakan zakat mestilah harta yang berkembang atau berpotensi untuk
berkembang. Sifat berkembang harta adalah sifat yang memberikan pulangan dan
pendapatan kepada pemiliknya.
Niat berniaga khusus bagi zakat
perniagaan – berniat untuk mendapatkan perolehan dan keuntungan. Ia juga perlu
dibuktikan dengan amalan. Niat adalah untuk mendapatkan keuntungan, manakala
amalan ialah menjalankan perniagaan.
Jenis Zakat
Zakat Fitrah
Zakat yang difardhukan keatas setiap individu lelaki dan perempuan muslim. Zakat fitrah pada istilahnya ialah sedekah yang wajib dikeluarkan selepas berbuka untuk beraya dan selesainya Ramadan. Zakat fitrah juga untuk memberi makanan kepada orang – orang miskin dan mencukupkan keperluan dan permintaannya pada hari raya 1 syawal (Aidilfitri). Haul zakat fitrah menjelang Aidilfitri pada bulan Ramadan. Kadar zakat di sisi mazhab Hanafi ialah 3.8kg
Zakat Harta (Maal)
Zakat yang dikeluarkan dari harta
yang dimiliki seseorang muslim, iaitu zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat
simpanan, zakat saham, zakat emas, zakat perak, zakat pertanian, zakat ternakan,
zakat galian.
Zakat Pendapatan
Charity in Islam: Comprehensive Guide to Zakat, 2nd Edition |
Al Qur’an Surah Al Baqarah (2)
ayat 267
“Wahai orang – orang yang
beriman. Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang
baik – baik, dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu”
Menurut Prof.Dr.Yusof Al Qaradhawi
dan Dr.Hussin Shahtah, zakat gaji dan pendapatan diistilah sebagai zakat al –
Mal al – Mustafad iaitu zakat yang bersumberkan gaji dan pendapatan
professional. Kategori gaji dan pendapatan, hasil penggajian dan upah kerja,
hasil kerja bebas dan harta yang menghasilkan pendapatan. Nisab zakat
pendapatan bersandarkan 85 gram emas dan kadar bayaran zakat pendapatan ialah
2.5% daripada jumlah pendapatan kasar atau pendapatan bersih. Pakar – pakar di
kalangan ulama kontemporari tidak meletakkan haul sebagai syarat wajib zakat
pendapatan karena bertepatan dengan konsep keadilan, dengan mengenakan syarat
haul, bermakna sistem zakat memberi kesempatan kepada orang – orang kaya untuk
mengelakkan diri daripada membayar zakat. Hal ini terjadi apabila sesiapa yang
boros berbelanja boleh menggunakan alasan tidak mempunyai wang yang berbaki
dalam setahun untuk mengeluarkan zakat. Sedangkan sesiapa yang berjimat-cermat
dengan menyimpan wang hasil pendapatan dalam setahun dibebankan dengan zakat.
Ia sudah tentu tidak mencerminkan keadilan dalam sistem zakat itu sendiri.
Zakat Perniagaan
Al Qur’an Surah An-Nur (24) ayat 37
Economic Role of Zakat in Reducing Poverty and Income Inequality |
“(Ibadat itu dikerjakan oleh)
orang – orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau
berjual – beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang
serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik –
balik hati dan pandangan”
Zakat perniagaan ialah zakat yang
wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada yang melibatkan
barangan atau perkhidmatan. Dari segi prinsip, harta perniagaan wajib
dizakatkan apabila memenuhi sifat; berkembang, diniagakan dan milik sempurna.
Zakat Saham
Al Qur’an Surah Al Baqarah (2) ayat
267
“Wahai orang – orang yang
beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang
baik – baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu”
Al Qur’an Surah An-Nur (24) ayat
37
“(Ibadat itu dikerjakan oleh)
orang – orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau
berjual – beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan
sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya
berbalik – balik hati dan pandangan”
Saham adalah satu bentuk aset
kewangan yang baharu yang tidak wujud pada zaman dahulu. Saham mewakili
pemilikan sebahagian daripada modal syarikat yang mana turut membawa kepada
keuntungan atau kerugian. Apabila saham disenaraikan di pasaran saham, nilainya
mungkin berbeza dengan nilai asalnya. Ini kerana saham yang didagangkan akan membolehkan
nilainya untuk turun naik mengikut faktor yang mempengaruhi permintaan dan
penawaran, seperti pencapaian syarikat, keadaan ekonomi, kestabilan politik
tempatan dan antarabangsa. Memiliki dan berurusniaga dengan saham adalah
dibenarkan di sisi syarak, asalkan ianya terhindar dari aktiviti haram seperti
riba, gharar, judi dan arak. Zakat tidak perlu dibayar atas saham dan dividen
saham sekiranya sesebuah syarikat tersebut telahpun mengeluarkan zakat
perniagaan bagi pihak pemegang – pemegang sahamnya. Namun sekiranya syarikat
tidak mengeluarkan zakat perniagaannya, maka individu yang memiliki saham
syarikat tersebut wajib membayar zakat secara persendirian.
Zakat Emas
The Shift in Zakat Practice in Indonesia: From Piety to an Islamic Socio-Political- Economic System |
Al Qur’an Surah At-Taubah (9)
ayat 34 – 35
“Dan (ingatlah) orang – orang yang
menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya ada jalan Allah, maka
khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka
jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang
mereka (sambil dikatakan kepada mereka): inilah apa yang telah kamu simpan
untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu”
Islam memandang emas sebagai
simbol kekayaan harta yang berharga dan mampu berkembang. Kategori pengiraan
zakat emas, emas pakai melebihi uruf 800gram, emas yang disimpan (tidak
dipakai) melebihi nisab 85gram, emas pelaburan patuh syariah melebihi nisab
85gram.
Zakat Perak
Al Qur’an Surah At-Taubah (9)
ayat 34 – 35
“Dan (ingatlah) orang – orang
yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya ada jalan Allah,
maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi
sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam
neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta
belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): inilah apa yang telah kamu
simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu
simpan itu”
Income Zakat: Issues, Concepts, Management, Discussions and Suggestion |
Logam perak (Silver) merupakan logam yang berharga dan berguna. Pada masa dahulu, perak telah digunakan sebagai alat tukaran (wang) dalam urusan jual beli. Masyarakat arab menggunakan logam perak (dirham) sebagai medium matawang utama disamping emas (dinar) dalam sistem ekonomi mereka.
Zakat Pertanian
Al Qur’an Surah Al An’am (6) ayat 141
“Dan Dia lah (Allah) yang
menjadikan (untuk kamu) kebun – kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak
menjalar; dan pohon – pohon tamar (kurma) dan tanaman – tanaman yang berlainan
(bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaiton dan delima, yang bersamaan
(warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya
ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau
menuainya”
Zakat pertanian ialah zakat hasil
tanaman yang diusahakan oleh orang islam sama ada dalam bentuk biji – bijian atau
buah – buahan dengan syarat - syarat
tertentu. Jumhur ulama berpendapat bahawa tanaman sama sekali tidak diwajibkan
zakat sehingga sampai jumlah lima bebanan unta (5 wasaq) berdasarkan sabda
Rasullullah SAW yang bermaksud, dan tidak ada zakat pada kurang daripada lima
Awsuq (Hadis oleh Abu Said Al Khudri, HR Bukhari).
Zakat: Raising a Fallen Pillar |
Manakala bagi tanam – tanaman yang
menggunakan kedua - dua cara di atas
maka telah ditetapkan kadar alternatif sebanyak 7.5%.
Zakat Ternakan
Daripada Abu Dzar RA: Apabila aku
pergi kepadanya (Rasullulah) lalu Baginda berkata: Demi jiwaku yang berada di
tangan-Nya, tidaklah seorang lelaki pemilik unta, lembu atau kambing yang tidak
menunaikan haknya (zakat) melainkan haiwan tersebut akan didatangkan pada hari
kiamat dalam keadaan yang lebih besar dan lebih gemuk. Haiwan tersebut
memijaknya dengan kaki – kakinya dan menyondol dengan tanduk – tanduknya.
Tatkala haiwan terakhir telah melintas, maka haiwan yang pertama akan dikembalikan
kepadanya, hingga pengadilan selesai dilakukan diantara manusia (HR Bukhari
& Muslim).
Zakat ternakan ialah zakat yang
dikenakan keatas binatang – binatang yang diternak daripada jenis lembu,
kerbau, kambing, biri – biri dan unta apabila sempurna syarat – syaratnya.
Cukup nisab, bagi ternakan unta
jumlah minima adalah 5 ekor, bagi kambing, tidaklah diwajibkan zakat apabila
dibawah 40 ekor, manakala nisab lembu ialah 30 ekor. Cukup haul iaitu genap
peredaran masa setahun binatang itu dimiliki atau dibelanya.
Zakat Galian
Rasullullah SAW bersabda: .... “harta terpendam (rikaz)
(bila ditemukan seseorang) zakatnya seperlima (20%) (HR Bukhari & Muslim) maka
haiwan yang pertama akan dikembalikan kepadanya, hingga pengadilan selesai
dilakukan di antara manusia (HR Bukhari & Muslim)
Secara asasnya perbahasan ini berkisar
tentang ma’adin, kanz dan rikaz. Ma’adin dengan kata lain adalah bahan galian berharga, yang dengan
sendirinya tersimpan di dalam bumi. Manakala Kanz adalah harta yang ditanam di dalam bumi oleh tangan manusia.
Istilah Rikaz pula mencukupi kedua –
dua ma’adin dan kanz. Namun, umumnya setiap harta yang tertanam di dalam bumi
dipanggil sebagai Rikaz.
Menurut pandangan Malik, Abu
Hanifah, Ahmad, Ishaq dan Syafi’i sepertimana (20%) diwajibkan pada harta yang
dijumpai tidak kira berapa jumlah kuantitinya. Hal ini kerana harta ini perlu
dibahagi lima, maka tidak perlu diperhitungkan nisabnya, sama halnya dengan
harta rampasan perang (ghanimah) sekalipun sedikit. Para ulama sepakat bahawa
tiada syarat haul (tidak perlu menunggu setahun) bagi zakat ini.
Asnaf
“Sesungguhnya zakat – zakat itu,
hanyalah untuk orang – orang fakir, orang – orang miskin, pengurus – pengurus zakat,
para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan budak), orang – orang yang
berhutang, untuk jalan Allah dan orang – orang yang sedang dalam perjalanan,
sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui Maha
Bijaksana.
Seri Lima Rukun Islam: Ayo, Membayar Zakat |
Lapan (8) golongan asnaf tersebut adalah:
- Fakir – seseorang yang tidak mempunyai apa – apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber – sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang – orang tanggungan.
- Miskin – seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang – orang tanggungnya.
- Al – Riqab – memerdekakan orang Islam daripada cengkaman perhambaan
- Al – Gharimin – golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syara.
- Muallaf – mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam
- Fisabilillah – mana – mana orang atau pihak yang melibatkan diri dalam suatu aktiviti menega, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya
- Ibnu Sabil – mana – mana orang dalam perjalanan bagi maksud maksud yang diluluskan oleh syarak dari mana – mana negeri atau negara yang memerlukan bantuan
- Amil – mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya.
- Mereka yang bekerja di bahagian pentadbiran zakat daripada pengutip yang mendapatkan zakat, pengawal yang menjaga dan menyimpan harta zakat , penulis, pengira dan pembahagi zakat kepada asnaf yang layak.
- Golongan yang diutus Iman untuk mengambil zakat daripada pemiliknya, mengumpulnya, menjaganya, dan memindah - mindahkannya.
- Pengutip, penulis, pembahagi dan pengumpul zakat wakil kepada Iman tetapi bukan kadi atau wali.
- Muslim
- Mukallaf
- Amanah
- Mempunyai pengetahuan berkaitan hal ehwal zakat
- Memahami selok belok zakat dari segi hukum
- Berkemampuan dari segi fizikal
- Mengambil zakat daripada pemilik - pemilik harta setelah cukup nisab untuk diserahkan kepada asnaf lapan
- Pengantara (mediator) diantara pembayar zakat dan asnaf lapan
- Ejen penguatkuasa kutipan zakat yang turut memberi peringatan kepada pembayar zakat
- Penyeru atau jurukempen mengajak umat membayar zakat
- Mengutip zakat daripada mereka yang layak berzakat dan mengagihkan kepada asnaf yang lapan
Zakat : Solusi Mengatasi Kemiskinan Umat |
Manajemen Zakat: Histori, Konsepsi, Dan Implementasi |
Zakat, Infak, Sedekah |
Fikih Zakat, Sedekah, Dan Wakaf |
Argumen Kontekstualisasi Zakat Dalam Al-Qur`An |
Mengelola Zakat Indonesia |
HUKUM ZAKAT DAN WAKAF DI INDONESIA |
Keutamaan Zakat, Infak, Sedekah |
Opredo Tanya Jawab Cerdas Islami: Zakat |
Fikih Zakat Kontemporer |
Ensiklopedia Fikih Indonesia 4: Zakat |
No comments:
Post a Comment